Hadiah Sastera MASTERA                       Gambar Foto

Pengenalan:
Penubuhan Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) pada 12 Ogos 1996, di Kuala Lumpur, Malaysia adalah bertujuan
untuk mewujudkan kerjasama antara negara rantau ini demi membina dan mengembangkan sastera berbahasa Melayu/Indonesia.
Salah satu program Nusantara, sebagaimana yang termaktub dalam Deklarasi MASTERA, ialah Hadiah Sastera MASTERA.
Hadiah ini adalah salah satu bentuk inisiatif yang dipersetujui oleh ketiga-tiga negara anggota pendiri, iaitu Malaysia, Negara
Brunei Darussalam dan Indonesia bagi memenuhi pernyataan yang berikut;

"Mengusahakan peluang-peluang bersama untuk para sasterawan memajukan bakat, penterjemahan
penerbitan dan pengiktirafan terhadap pencapaian mutu ciptaan sastera”.

Tujuan:
 
Mengenal pasti karya-karya sastera bermutu dalam pelbagai genre yang asli ditulis 
dalam bahasa Melayu/Indonesia atau diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu di 
negara-negara rantau Asia Tenggara 
 
Memberikan pengiktirafan bertaraf rantau kepada bermutu dan kepada para penulis yang menghasilkannya dalam sesuatu tahun penilaian.
Bidang Penilaian:  (Karya Perseorangan)
 
   Kumpulan puisi

   Pelaksanaan
 
   Setiap negara akan memilih tiga(3) karya terbaik yang mewakili lima(5) genre tersebut
   untuk dinilai di Peringkat Rantau. Hadiah Sastera MASTERA 1999

Majlis Penyampaian Hadiah Sastera MASTERA telah disempurnakan oleh Y.B Datuk Seri Syed
Hamid bin Syed Jaafar Albar, Menteri Luar Negeri pada 25 Ogos 1999 di Hotel Istana,
Kuala Lumpur sempena Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Bandingan 25-27 Ogos 1999.  
 

Penerima Hadiah
Negara Judul
Badaruddin H.O Brunei Darussalam   Episod-Episod Si Awang  
(Antologi Puisi)  
Titis Basino P.I  Indonesia  Dari Lembah ke Coolibah, Welas Asih Merengkuh Tajali, Menyucikan Perselingkuhan  
(Trilogi Novel) 
Dr. Sohaimi Abdul Aziz Malaysia  Rasa – Fenomenologi: Penerapan Terhadap Karya A. Samad Said
(Esei Kritikan)
    
Hadiah Sastera MASTERA 2001

Majlis Penyampaian Hadiah Sastera MASTERA akan disempurnakan oleh Menteri Pendidikan
Malaysia Tan Sri Datuk Musa Mohamed yang mewakili Perdana Menteri Malaysia,Dato Seri
Mahathir Mohamad pada 26 Ogos 2001 di Hotel Istana, Kuala Lumpur sempena Seminar
Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara Ke-2.

Sembilan buah karya yang berjaya ke Peringkat Rantau

                                  Negara Brunei Darussalam

Penulis
Judul Karya Penerbit
Haji Morsidi Haji Muhamad Air Biru Ombak Biru: Satu Analisis  
Gaya Bahasa (Kajian Sastera) 
Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei(2000)
Adi Rumi  Senandung Anak Watan (Kumpulan Puisi) Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei(2000)
Muslim Burmat  Urih Pesisir (Novel)  Universiti Brunei Darussalam (1999)  
 
 

                                  Negara Indonesia

Penulis
Judul Karya Penerbit
Saini K.M  Lima Orang Saksi (Kumpulan Drama)  STSI Press, Bandung (1999)
Kuntowijoyo  Mantra Pejinak Ular (Novel)  Penerbit Kompas, Jakarta (2000)
Sapardi Djoko Damono  Sihir Rendra: Permainan Makna (Kumpulan Esei)  Pustaka Firdaus, Jakarta (1999)  
 
 

                                  Negara Malaysia

Penulis
Judul Karya Penerbit
Kemala  Mim (Kumpulan Puisi)  Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur (1999)
Muhammad Haji Salleh  Puitika Sastera Melayu (Kajian Sastera)  Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur (2000)
Arena Wati  Sukma Angin (Novel)  Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur (1999)   
 
 
 

Keputusan

Daripada sembilan (9) buah karya yang telah dibawa ke Peringkat Rantau, panel sebulat suara memutuskan karya-karya yang berikut
sebagai karya  terbaik setiap negara bagi terbitan tahun 1999 dan 2000 yang layak menerima Hadiah Sastera MASTERA 2001
 
 

Penerima Hadiah
Negara Judul
Muslim Burmat Brunei Darussalam  Urih Pesisir
 
Kuntowijoyo Indonesia  Mantra Pejinak Ular
 
Muhammad Haji Salleh Malaysia  Puitika Sastera Melayu  
 
 

Ulasan
·         Urih Pesisir (Novel) oleh Muslim Burmat, terbitan Universiti Brunei Darussalam, 1999
·         Mantra Pejinak Ular (Novel) oleh Kuntowijoyo, terbitan Penerbit Kompas, Jakarta, 2000
·         Puitika Sastera Melayu (Kajian Sastera) oleh Muhammad Haji Salleh, terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2000
 

Mulai tahun 2003 ada sedikit perubahan dalam dasar pelaksanaan Hadiah Sastera MASTERA. Kali ini hadiah dibahagi kepada
dua(2) kategori iaitu Karya Kreatif dan Karya Bukan Kreatif.  Mulai tahun 2005 diadakan pula hadiah penghargaan sekiranya
ada karya yang layak.

Hadiah Sastera MASTERA 2003

Majlis Penyampaian Hadiah Sastera MASTERA telah disempurnakan oleh Y.B.Dato’ Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir,
Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Malaysia pada 22 September 2003 di Hotel Grand Maya, Kuala Lumpur sempena
Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara Ke-3.  

Sembilan Buah Karya yang Berjaya ke Peringkat Rantau
 

Negara Brunei Darussalam 
Zefri Ariff Brunei Rapat (Kumpulan Drama Pentas)
Muslim Burmat Terbang Tinggi (Novel) 
Awang Kamis bin Haji Taha Dinamika Persekitaran dan Karya Sastera:Kajian Novel-nobel Peraduan 
 
Negara Indonesia 
Isma Sawitri Lawan, Eksekusi dan Percakapan Tentang Mati  
(Kumpulan Puisi)
Abrar Yusra Tanah Ombak (Novel) 
Andul Hadi W.M Tasawuf yang Tertindas (Bukan Kreatif) 
 
Negara Malaysia 
Sityi Zainon Ismail Jurai Palma (Kumpulan Cerpen)
Anwar Ridhwan Naratif Ogonshoto (Kumpulan Cerpen) 
Md. Salleh Yaapar Ziarah ke Timur (Kajian Sastera)
 

Penerima Hadiah Sastera MASTERA Ke-3
 
                                  Karya Kreatif

Penerima Hadiah
Negara Judul Karya Penerbit
Zefri Ariff Brunei Brunei Darussalam  Rapat (Kumpulan Drama Pentas) 
 
Universiti Brunei Darussalam(2002)
Abrar Yusra Indonesia Tanah Ombak (Novel)  Penerbit Buku Kompas(2002)
Anwar Ridhwan  Malaysia  Naratif Ogonshoto (Kumpulan Cerpen) Matahari Infocomatec 
 
 
                               Karya Bukan Kreatif
Penerima Hadiah
Negara Judul Karya Penerbit
Abdul Hadi W.M  Indonesia   Tasawuf Yang Tertindas 
(Kumpulan Drama Pentas)  
Kajian Hermeneutik Atas  
Karya-karyanya  
 
Penerbit Paramadina (2001)